Bahtera Samudera Official Website
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bahtera Samudera Official Website

Bahtera Dilayar, Ikrar Disemat..
 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Parlimen bubar hari ini [13 Februari 2008]

Go down 
AuthorMessage
admin
Admin
admin


Posts : 66
Join date : 2008-01-15
Age : 45
Location : Simpang 3 Kampung Baru

Parlimen bubar hari ini [13 Februari 2008] Empty
PostSubject: Parlimen bubar hari ini [13 Februari 2008]   Parlimen bubar hari ini [13 Februari 2008] Icon_minitimeSun Feb 17, 2008 6:36 am

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 tengah hari ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuat kuasa pada tarikh sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Katanya, beliau sudah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Ketika pengumuman itu yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berharap pilihan raya umum yang bakal diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap mendapat semula mandat dua pertiga seperti yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Katanya, jentera BN telah disusun rapi dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

“Senarai calon sudah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi.
Back to top Go down
http://www.bahterasamudera.cjb.net
 
Parlimen bubar hari ini [13 Februari 2008]
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Selamat Hari Lahir Buat NagaPutih ( 20 April 2008 )
» Selamat Hari Jadi Saudara Ezryzam & Beb
» Ott - Discography (2002-2008) FLAC
» Mega Gathering + Reunion 3 Mei 2008
» Majlis Reunion BAHTERA SAMUDERA KGB /// kali ke 2 di Putrajaya 16 Ogos 2008

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Bahtera Samudera Official Website :: Lain-Lain Bahtera Samudera & Sahabat :: Berita/Isu Semasa-
Jump to: