Bahtera Samudera Official Website
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bahtera Samudera Official Website

Bahtera Dilayar, Ikrar Disemat..
 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Malaysia Akan Mempunyai Televisyen Islam Pertama Tidak Lama Lagi

Go down 
AuthorMessage
admin
Admin
admin


Posts : 66
Join date : 2008-01-15
Age : 46
Location : Simpang 3 Kampung Baru

Malaysia Akan Mempunyai Televisyen Islam Pertama Tidak Lama Lagi Empty
PostSubject: Malaysia Akan Mempunyai Televisyen Islam Pertama Tidak Lama Lagi   Malaysia Akan Mempunyai Televisyen Islam Pertama Tidak Lama Lagi Icon_minitimeSun Feb 17, 2008 6:38 am

Malaysia Akan Mempunyai Televisyen Islam Pertama Tidak Lama Lagi 93203303fp7

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Malaysia akan mempunyai stesen televisyen Islam yang pertama tidak lama lagi bagi memperkukuhkan kefahaman pendekatan Islam Hadhari dalam menegakkan syiar Islam.

Pengerusi Eksekutif World Islamic Network Television Sdn Bhd (WINTV) Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan berkata sudah tiba masanya Malaysia selaku sebuah negara Islam contoh mewujudkan satu stesen televisyen berbentuk Islamik.

"Stesen ini akan menyiarkan program berteraskan agama Islam secara sederhana yang akan difahami mahupun dikagumi oleh setiap bangsa di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menandatangani memorandum persefahaman dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) pada majlis perasmian Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008 di sini, Jumaat, oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perjanjian itu bertujuan membangunkan stesen televisyen antara WINTV dengan Yadim yang akan dikenali sebagai Al-Falah Televisyen.

Khairuddin berkata Malaysia akan bekerjasama dengan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk bertukar program televisyen bagi memperkenalkan budaya, adat, cara hidup, sistem politik dan amalan agama Islam di kalangan negara Islam di dunia.

"Situasi ini juga bakal meletakkan Malaysia sebagai hub utama pengumpulan program televisyen dari negara Islam di seluruh dunia dan menjadikan negara sebagai pusat utama mengeksport program berkualiti ke Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Timur," katanya.

Beliau berkata Al-Falah Televisyen juga bakal menarik minat penonton dari rantau Asia Tenggara termasuk Indonesia, Mindanao, Singapura, Brunei dan Selatan Thailand.

Sebagai permulaan katanya, program-programnya disiarkan menerusi saluran Astro Oasis.

Beliau berkata Al-Falah Televisyen akan melaksanakan aktiviti dakwah melalui saluran media elektronik khususnya ke negara Barat melalui pertukaran program mengenai cara hidup Islam yang berteraskan Al-Quran dan Al-Hadis.
Back to top Go down
http://www.bahterasamudera.cjb.net
 
Malaysia Akan Mempunyai Televisyen Islam Pertama Tidak Lama Lagi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» MESTI TENGOK... APA BEZANYA ANAK HARAM DENGAN ANAK HALAL??
» Forum Yg Jelas Menghina Agama Islam..
» Apabila Malaysia Di Takluk Oleh Bangsa Cina (DAP)
» Sejarah Penubuhan Pertubuhan Warisan Persahabatan Malaysia (SAHABAT ) ///

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Bahtera Samudera Official Website :: Lain-Lain Bahtera Samudera & Sahabat :: Berita/Isu Semasa-
Jump to: